Siakap Keli

Dr. Maza Gesa Tommy Thomas Letak Jawatan Demi Maruah Negara

Rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan dan mencari di manakah kesudahan kisah kematian wira negara yang terkorban dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman akhirnya sudah boleh menarik nafas lega.

Ucapan kesyukuran tidak henti-henti dilafaz tatkala keputusan inkues didedahkan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam.

Punca kematian Allahyarham Adib diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad sebagai perbuatan jenayah dan bukan sebaliknya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota bomba.

Justeru, hari ini media sosial dipenuhi dengan hantaran netizen tentang perkembangan kes ini. Tidak terkecuali, antara figura terkenal di negara, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menggesa Peguam Negara,  Tan Sri Tommy Thomas segera melepaskan jawatannya susulan keputusan inkues tersebut.

Sumber: DrMAZA. com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)