Siakap Keli
Gambar: Facebook

“Phone Arwah Berdering, Tertera My Sayang,” Isteri ‘Call’ Saat Suami Dah Meninggal Dalam Kemalangan, Semua Terkedu Nak Jawab

Pada jam kira-kira 8.30 pagi tadi, telah berlaku sebuah kemalangan yang melibatkan dua buah kereta dan dua buah motorsikal.

Kejadian kemalangan tersebut didakwa berlaku di hadapan IOI Puchong. Hasil daripada temubual bersama saksi di tempat kejadian, dia mendakwa bahawa kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang penunggang motorsikal manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, kemalangan itu berpunca daripada sebuah kereta yang memasuki simpang tanpa melihat ke arah belakang. Mangsa tersebut terpaksa mengelak kereta yang masuk ke simpang itu secara tiba-tiba dan bergesel dengan seorang lagi penunggang motorsikal yang lain.

Mangsa yang tidak berdaya untuk mengawal kenderaanya itu kemudiannya terjatuh ke seberang jalan. Selepas mangsa tersebut jatuh, kereta yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah melanggarnya secara tidak sengaja.

Kemalangan ngeri itu perlu dijadikan pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati dan memandu dengan cermat ketika menggunakan jalan raya. Kejadian yang menimpa mangsa itu bukan sahaja mengerikan serta memilukan. Malah ada lagi insiden lain yang menyedihkan turut terjadi selepas kemalangan itu. Seorang pengguna Facebook dan juga saksi di tempat kejadian yang bernama Ajak Muezza ada berkongsikan tentang kejadian itu serta kejadian selepas daripada kemalangan tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Al-Fatihah

Eksiden pagi tadi, kereta masuk simpang tak tengok belakang, datang motor dari tepi bergesel jatuh ke seberang jalan. Dah jatuh, datang pula kereta arah depan gilis arwah, ngeri. Orang lain punya silap, orang lain jadi mangsa. Allahu. Kebetulan situ ade jiran setempat mengenali arwah terus bagitahu keluarga beliau.

Aku pun lepak dengan mat despatch lain, dengan polis, dok dok borak. Phone arwah berdering, tertera “my sayang” call. Semua terkedu nak jawab. Sebab tak tahu nak cakap apa pada isteri, semua blur. Kau jawab la, kau jawab la. Sudahnya panggilan tu off. 15 minit terus keluarga si arwah sampai.

Tengok situasi di situ dah mula buat semua sedih. Aku pun cabut, benda emosi gini takley buat main woo.

Moga di pagi jumaat ni arwah ditempatkan dengan golongan yang beriman.

Sumber: Ajak Muezza

Aqmal Ezany

I write what is right