Siakap Keli
Kredit: Akhtar Syamir

“Kepada Kaki-Kaki Lucah, Kamu Memang Sampah, Menyusahkan” Wanita Sakit Hati Suami Selalu ‘Dijemput’ Masuk ”Group Whtasapp” Lucah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keterbiasaan menonton video lucah dalam kalangan masyarakat bukanlah perkara ringan. Hari demi hari, semakin banyak kes pemerkosaan, pedofilia dan pencabulan yang berlaku akibat menonton video lucah bahkan melibatkan remaja bawah umur yang ‘baru ingin mengenal dunia.’

Pertama kali melakukan kesalahan, kita akan rasa bersalah. Apabila ia menjadi kebiasaan, rasa bersalah tersebut akan hilang, bahkan kita mungkin membela kesalahan tersebut dengan hujah-hujah berlandaskan nafsu – tanda hati makin gelap.

Seorang perunding rumah tangga, Akhtar Syamir berkongsi kisahnya mendengar luahan seorang isteri yang tertekan apabila mengetahui suaminya mempunyai kumpulan Whatsapp lucah antara sepupu dan ipar duai mereka.

Pukul 3 pagi tadi telefon saya berbunyi-bunyi. Ada mesej masuk dari seorang isteri yang dah terlampau kusut dengan perangai satu ‘group’ lelaki bersama suaminya.

Inilah namanya rosak. Sepupu dan ipar duduk dalam satu kumpulan Whatsapp dan berkongsi gambar dan video lucah.

Ini sudah kali ke berapa isterinya keluarkan suaminya dari group itu tetapi dimasukkan semula oleh sepupu suaminya. Kemudian mereka beramai-ramai mengutuk, menganjing si suami dan berkongsi lagi video-video lucah sebagai tanda kemenangan.

Apa punya kelompok keluarga la ni?

Sepupu dan ipar pun sama-sama berzina mata dan seronok melakukan perkara sebegini. Memang tiada rasa hormat kepada pasangan langsung. Ianya seperti satu keseronokan melihat orang lain bergaduh disebabkan perangai bodoh dia.

Benda sebegini tidak akan selesai selagi tiada yang bertegas. Tak kira la dari isteri atau suami itu sendiri.

Ingatlah wahai suami, hormatilah isterimu.

Nanti bila kamu sakit nak mati nanti bukan sepupu kamu yang kaki lucah ni yang akan jaga kamu, tapi isteri kamu yang akan jaga siang malam pagi petang, menyuapkan makanan ke mulut kamu, membasuh berak dan mengurut kamu tanpa rasa jemu serta menjaga anak-anak kamu.

Konsep dia mudah sahaja, kalau kamu masih berada dalam group tu dan tidak menghalang perbuatan bodoh sebegini, kamu juga bersubahat. Kamu umpama menyokong perbuatan itu.

Jadi, keluarlah dari group sebegitu. Jika dimasukkan semula, block sahaja nombor kaki lucah itu atau pun buang sahaja dia dari group. Kena bertegas, walaupun saudara mara. Berdosa tu satu hal, bergaduh dengan pasangan satu hal yang lain. Isteri mana yang suka suami dia tengok benda lucah sebegitu?

Bila isteri tegur, jangan dimarah pulak. Apa yang isteri kata tu betul. Kamu yang tak nampak kerana mata dah dikaburi “nilai persaudaraan” kononnya.

Kepada kaki-kaki lucah ni, kamu memang sampah yang menyusahkan.

Nak buat dosa, buat sendiri. Jangan ajak saudara mara sekali. Tahu tak yang kamu jadi punca perbalahan pasangan lain? Memang menyusahkan orang.

Kalau kamu dah berkahwin, patutnya kamu lagi malu. Malu dengan isteri sendiri kerana sentiasa menjamu mata dengan perempuan lain.

Bayangkan kalau video isteri anda sendiri dikongsi dan dijadikan bahan pemuas nafsu ramai jantan tak guna? Suka jugak?

Marilah kita tegah perkara ini. Saya jamin terlalu banyak group sebegini. Jangan cerita pasal privasi la. Privasi tak bermakna kamu boleh memuaskan nafsu dengan zina mata ni.

Kongsikan penulisan ini supaya ramai kaki lucah ni sentap dan ramai yang faham betapa perkara ini adalah salah dan seperti tidak menghormati isteri sendiri.

Yang buat video tu pun satu, tengoklah berapa ramai orang yang memuaskan nafsu mereka dengan badan kamu? Ini lagi satu tak cerdik. Pakwe yang disayangi sekarang tu belum tentu akan jadi suami kamu. Bijak sikit, jangan layan permintaan pakwe nak gambar la nak video la.

“Sampahnya perangai, mesti dah kahwin kan?”

“Isteri, guna Whatsapp suami awak masukkan semua kaum keluarga dia biar semua tahu.”

“Bila budaya ni nak pupus.. Sebab tulah anak-anak sekarang pun pandai dah..”

“Kalau kena pada isteri dan anak perempuan disalah guna, apa perasaan awak sebagai ayah?”

Banyak kes telefon hilang, video mengaibkan tersebar

“Dunia dah nak kiamat, zina berleluasa.. Zina mata, zina perkataan, zina perbuatan..”

“Hancurkan rumah tangga orang, seronok tunjuk diri jahil.”

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Ahmad Sanusi Azmi, umat kini ditimpa penyakit berbangga dengan dosa.

“Mereka menayangkan gambar-gambar tidak menutup aurat atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial sedangkan seorang mukmin itu tidak sepatutnya berasa selesa dengan dosanya,” katanya.

Tambahnya, Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri).

Yang dimaksudkan dengan ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam tersebut.

Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang dia lakukan pada malam hari, namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.” (HR al-Bukhari)

Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri======== 1. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri…

Posted by Dr Ahmad Sanusi on Thursday, 13 June 2019

Sumber: Akhtar Syamir, Dr Ahmad Sanusi Azmi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.