Kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut setelah cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu akhirnya terjawab.
Keputusan prosiding inkues yang diumukan pagi tadi mengesahkan bahawa kematian arwah adalah disebabkan oleh perbuatan jenayah.
Susulan itu, tunang mangsa, Nurul Najihah Mohd Radzi, 26, mengucapkan syukur di atas keputusan tersebut.
”Alhamdulillah..” tulis Najihah dalam Facebook miliknya setelah keputusan diumumkan.
Najihah turut menyertakan tanda pagar #sujudsyukur, #muhammadadibmohdkassim dan #akurindu.
Sebelum itu, gadis ini memuat naik satu posting malam sebelum keoutusan diumumkan dengan berharap adanya keajaiban.
”Ketika kamu berada pada titik yang sangat rapuh, maka mintalah kekuatan hanya pada Nya. In sha Allah,” tulis Najihah.
Allahyarham Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.
Seramai 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar.
Sumber : Nurul Najihah