Kuala Lumpur, 27 Sept – Hari ini merupakan hari keputusan prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut setelah cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Tunang mangsa, Nurul Najihah Mohd Radzi, 26 berharap ada keajaiban akan berlaku dalam prosiding yang dijangka diadakan pada jam 10 pagi nanti di samping memohon kekuatan kepada Allah.
“Ketika kamu berada pada titik yang sangat rapuh, maka mintalah kekuatan hanya pada Nya. In sha Allah,” tulis Najihah dalam Facebook miliknya semalam.
Najihah turut menyertakan tanda pagar #muhammadadibmohdkassim dan #mogaadakeajaiban.
Allahyarham Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.
Seramai 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar.
https://www.facebook.com/najihah.radzi/posts/2969683909727352
Sumber: Nurul Najihah