Siakap Keli
Kredit: Industry Made In Indonesia

Selepas Malaysia, Giliran Indonesia Pula Perkenal Dron Bawa Penumpang, Guna Nama Dadali

Jakarta- Indonesia melalui syarikat PT Aeroterrascan dan PT Chroma International telah mencipta dron atau pesawat tanpa pemandu untuk mengangkut manusia (urban transporter) yang dilancarkan pada Selasa lalu sempena Aero Summit 2019 di sini.

Pesawat yang diberi nama Dadali itu boleh membawa seorang penumpang dengan kapasiti muatan sehingga 120 kilogram (kg) termasuk berat barangan yang dibawa.

Dron itu mempunyai 16 bilah dengan diameter 80 sentimeter setiap satu serta memerlukan keluasan 3.5 kali 3.5 meter untuk dijadikan lapangan mendarat.

Setelah destinasi diprogramkan, Dadali boleh terbang hingga ketinggian 40 meter di atas permukaan air laut dengan sendiri.

“Ini salah satu karya bangsa yang perlu kita hargai, dan Lapan mendorong industri perantaraan, salah satunya dron Dadali,” kata Ketua Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), Thomas Djamaluddin ketika merasmikan pelancaran dron berkenaan.

Kini, pihak PT Aeroterrascan dan PT Chroma sedang membangunkan dron untuk kegunaan kargo dan logistik untuk mengirim barang ke pulau-pulau yang sukar dijangkau kenderaan dan melangkaui perairan Indonesia.

“Drone ini akan menjadi pengangkut barang antar pulau dengan medan yang sulit dan tidak terjangkau kendaraan. Drone ini jadi solusi,” kata Thomas.

Selain itu, mereka juga berusaha mencipta dron untuk keperluan kesihatan misalnya bagi mengangkut pesakit yang menjadi mangsa bencana atau kemalangan ketika trafik sesak. Dron tersebut dijangka mampu membawa 50 kg peralatan rawatan sokongan untuk pesakit.

Sumber: Industri Made In Indonesia

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.