Siakap Keli

TERKINI: Harga Runcit Petrol RON97 Naik Mendadak, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengemaskini harga runcit produk petroleum bagi tempoh 28 September sehingga 4 Oktober 2019.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, harga minyak RON97 naik sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM2.67 seliter kepada RM2.79 seliter;

Manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.49 seliter dan RM2.39 seliter masing-masing. Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.37 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.32 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat. Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 28 September 2019 sehingga 4 Oktober 2019 adalah berjumlah RM173.26 juta.

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.