Siakap Keli
Gambar hiasan

Wanita Dakwa Anak Angkat 9 Tahun Sebenarnya Berumur 22 Tahun, Pernah Ugut Mahu Membunuhnya

Seorang ibu telah dituduh mengabaikan anak angkatnya yang berusia 9 tahun dan mendakwa bahawa anak angkatnya itu sebenarnya bukan kanak-kanak, akan tetapi seorang sosiopat yang berusia 22 tahun dan telah beberapa kali cuba untuk membunuhnya.

Walaupun kisah ini seakan-akan sama seperti filem hollywood yang bertajuk Orphan, namun ianya adalah ucapan pembelaan yang dikeluarkan sendiri dari mulut Kristine Barnett, 45 tahun yang merupakan ibu angkat perempuan yang dakwanya bukan kanak-kanak itu.

Barnett telah dituduh meninggalkan anak angkatnya yang berasal dari Ukraine itu di sebuah rumah apartmentnya di Indiana pada 2013 semasa dia berusia 9 tahun, sebelum Barnett pergi ke Kanada bersama bekas suaminya Michael Barnett, 43, dan tiga orang anaknya.

Pasangan tersebut kemudiannya memutuskan hubungan dengan anak angkat mereka itu, dan hanya membayar sewa apartment itu sahaja tanpa memberikan duit belanja atau apa-apa untuk menampung dirinya. Pihak polis menyatakan bahawa anak angkatnya itu telah ditinggalkan selama 3 tahun, selain mengalami bentuk dwarfisme yang sangat jarang berlaku, dia juga mempunyai masalah untuk berjalan.

Walau bagaimanapun, Kristine yakin bahawa mangsa sebenar dalam senario ini adalah diri serta keluarganya, berikutan dengan umur anak angkatnya yang sebenarnya berusia 22 tahun ketika dia mula-mula mengambilnya. Emaknya itu mendakwa bahawa dia trauma terhadap anak angkatnya itu kerana anak angkatnya itu pernah mengugut untuk menikam mereka sewaktu mereka tidur dan mencampurkan peluntur ke dalam kopi mereka.

Kristine turut mendakwa bahawa anak angkatnya itu pernah “datang bulan” dan ada gigi yang menyerupai orang dewasa.

Selepas anak angkatnya itu diperiksa oleh doktor, pihak doktor melaporkan bahawa dia sebenarnya berumur dalam lingkungan 14 tahun.

Kristine turut mendakwa bahawa anak angkatnya itu pernah membuat ugutan bunuh, malahan pernah mengugutnya untuk mengheretnya ke pagar berlektrik semasa hari jadinya pada 2012. Dakwanya, dia telah ditipu oleh rumah anak yatim itu lalu mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

Sumber: UNILAD

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.