Siakap Keli

AR Badul Mahu Inkues Siasat Punca Kematian Anak, Menteri Tampil Perjelas

Beberapa hari lalu, pihak Tentera Darat Malaysia telah memuktamadkan keputusan siasatan insiden yang melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Ekoran keputusan itu, pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues dilaksanakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya.

Terbaru, pihak Menteri Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan permintaan daripada bapa kepada Mejar Mohd Zahir itu.

KENYATAAN MEDIA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

Kementerian Pertahanan mengambil maklum keputusan lembaga siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung insiden yang menimpa anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya semasa melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) pada 4 September 2019 lalu sehingga menyebabkan beliau terkorban.

Kementerian Pertahanan dimaklumkan oleh lembaga siasatan TDM bahawa insiden tersebut sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Selain itu, lembaga sisatan TDM juga akan mengambil tindakan tatatertib terhadap individu terlibat dan akan mengemaskini standard operating procedure (SOP) jika terdapat keperluan.

Kementerian Pertahanan juga menyokong kenaikan pangkat Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya kepada Leftenan Kolonel pada Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang telah bersidang pada 17 September 2019, tertakluk kepada kelulusan Seri Paduka Banginda Yang Di-Pertuan Agong.

Berhubung dengan permintaan keluarga agar inkues diadakan bagi mencari punca kematian Allahyarham, Kementerian Pertahanan akan membawa ke peringkat yang lebih yang lebih tinggi untuk dipertimbangkan.

MOHAMAD SABU,
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

28 September, 2019.

https://twitter.com/MSabu_Official/status/1177788586512437248?s=20&fbclid=IwAR10DBEj24w8oBEYGHRFTawXaLWHPKVsgUx81oF22K_WdnOMKk-mKKpheRU

Sumber: Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra