Siakap Keli

Ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Mangkat Pagi Tadi

Rakyat Malaysia terutamanya di Kelantan menerima khabar duka apabila DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra telah mangkat pada pagi ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menerusi laporan Bernama memberitahu, baginda mangkat sekitar jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

Dalam satu perkongsian di Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi pula, jenazah AL-Marhum DYMM Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir.

Berita ini ternyata menyedihkan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat jelata negeri Kelantan.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Baginda dan kami mewakili seluruh rakyat Malaysia Merafak Sembah Takziah kepada keluarga DYMM Sultan Ismail Petra atas berita ini. Al-Fatihah.

Sumber: Bernama, Pertubuhan Kerabat D’raja Kelantan Al Muhammadi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra