Siakap Keli
Gambar: YAKEB

Perginya Seorang Lagenda, Dato’ M Chandran Meninggal Dunia

Bekas pemain bola sepak negara, Dato’ M Chandran dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi ini. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ampang Jaya pada jam 7.30 pagi tadi.

Mendiang berumur 77 tahun pada tahun ini merupakan salah seorang ketua pasukan bola sepak kebangsaan dan pernah mengetuai pasukan Selangor pada era kegemilangannya.

Beliau juga antara anggota skuad Olimpik 1972 di Munich dan pernah membimbing pasukan kebangsaan sebagai jurulatih.

Pemergian mendiang merupakan kehilangan besar dalam bidang sukan bola sepak negara dengan sumbangan pelbagai kejayaan dan pembangunan bola sepak negara ini.

Sebelum ini, pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah melakukan aktiviti “Visit & Treat” lagenda bolasepak tanah air itu di kediamannya yang ketika itu sedang tenat ekoran penyakit saraf yang dihidapinya sekian lama.

Sumber: FAM / YAKEB

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra