Siakap Keli

Pernah Tarik Balik Kenyataan, Tolak Jadi Saksi Inkues Adib, Integriti Cik Miera Dipuji Netizen

Tarikh 27 Septembmer 2019 merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia khusus buat keluarga Arwah Adib selepas Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kes kematian disebabkan oleh perbuatan jenayah.

Menurut Bernama, Koroner Rofiah Mohamad mengumumkan bahawa kematian Allahyarham Adib akibat hentakan trauma tumpul pada bahagian dada bukan perbuatan sendiri, tetapi adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh lebih dua orang individu yang masih belum diketahui identitinya.

Terbaru, media sosial kecoh apabila ada yang merungkai kembali kenyataan serta kebenaran yang diluahkan salah seorang jururawat yang dikenali sebagai Cik Miera pada beberapa bulan lalu mendakwa bahawa kecederaan arwah adalah kerana dipukul.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook miliknya itu telah mendapat perhatian ramai sehingga akhirnya dia memohon maaf kerana didakwa terlalu mengikut emosi tanpa fakta tepat.

Sebelum itu, kenyataan daripada saksi ke-24 iaitu Dr Ahmad Hafizan Hasmi, Pakar Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), mendakwa kecederaan pada toraks Muhammad Adib bukanlah seperti dipukul.

Menurutnya, tiada kecederaan di muka, kepala, abdomen serta anggota atas dan bawah yang berpadanan dengan hentaman objek tumpul kerana mempertahankan diri.

Hari ini, selepas keputusan inkues yang membuktikan bahawa benar Adib telah dipukul, rata-rata rakyat Malaysia mendesak pihak IJN dan Dr. Ahmad Hafizam membuat permohonan maaf kepada Cik Miera.

Dalam masa yang sama, YB Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar turut berkongsi beberapa cebisan perbualannya bersama Cik Miera beberapa bulan lalu dalam mencadangkan dirinya sebagai salah seorang nama untuk memberi kenyataan dalam inkues.

Walau bagaimanapun, permintaannya ditolak baik Cik Miera yang pada masa itu akur dengan kenyataan yang diberikan doktor pakar daripada IJN sendiri.

Sumber: Facebook, Amin Ahmad

Nur Farra