Satu bolt kilat boleh mencapai suhu 27,760 °C yang berupaya membunuh ataupun memberi kecederaan kekal kepada otak, jantung atau mana-mana bahagian tubuh jika mangsa terselamat.
Walaupun ada kemungkinan ajaib untuk anda tiba-tiba menjadi genius selepas dipanah petir, besar kemungkinan tenaga bolt kilat akan memasak otak, memekakkan telinga dan menghentikan jantung, punca utama kematian mangsa panahan kilat.
Oleh itu, penting untuk kita sedar apakah tanda awal seseorang bakal menjadi sasaran panahan petir sebelum tragedi berlaku.
Nak tahu apa tanda tersebut? Teruskan membaca.
Dalam satu peristiwa panahan petir yang menyambar dua beradik, kedua-dua mereka berasa teruja melihat rambut mereka terpacak ke atas dan sempat mengambil gambar beberapa ketika sebelum dipanah petir.
Panahan tersebut menyebabkan kecederaan terbakar tahap ketiga serta meragut nyawa salah seorang daripada mereka.
McQuilken, mangsa yang terselamat berkata, dia masih mengingati kejadian di gunung Sierra Nevada pada hari tersebut. Selepas terlihat cahaya putih yang sangat terang disertai letupan yang memekakkan, dia berasa tubuhnya seakan-akan melayang ringan.
Dalam kejadian yang sama, seorang lelaki turut dipanah petir ketika cuba mengambil gambar fenomena tersebut yang menghancurkan kameranya serta mengakibatkan mangsa koma selama 6 bulan.
Menurut McQuilken, pakaian lelaki tersebut bercerai berai akibat impak panahan manakala keseluruhan rambut serta bulu romanya terbakar serta tidak lagi tumbuh selepas kejadian.
Sumber: DailyMail,Business Insider