Siakap Keli

Gaji Kecil Tapi Duit Tak Luak, Kisah Pemandu Van Sekolah Wajar Jadi Iktibar

Pernahkah anda melihat ada di antara mereka yang pendapatannya tidak semewah yang lain tetapi rezekinya sentiasa cukup? Ia mungkin kerana keberkatan rezeki yang diletakkan di dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dengan seikhlas hati.

Seperti perkongsian dari lensa Dr Azizul Azli Ahmad ini mengenai secebis kisah masyarakat. Mungkin dianggap remeh oleh sesetengahnya namun jika dilihat dari sudut yang berbeza mungkin boleh dijadikan renungan dalam kehidupan kita.

Waktu tunggu Qilah balik dari sekolah agama.

Saya nampak pemandu van ini singgah beli goreng pisang sebungkus besar. Bila sampai di van yang dia bawa, dia sedekahkan buat anak anak yang naik van dengannya.

Gembiranya luar biasa! Ada anak yang beli makanan tak cukup juga dia dulukan duitnya.

Kawan kawan,

Ada orang gajinya kecil, tetapi sentiasa cukup. Ada orang cintakan kerja yang dia lakukan walau gajinya kecil.

Dia tahu, ada ruang untuknya cipta pahala menuju syurga. Carilah peluang untuk bina pahala dari kerjaya kita.

Kata Buya Hamka :

Panggilan ‘ayah’ dari anak-anak, ketika pulang dari pekerjaannya, adalah ubat duka dari lelahnya kerja.

Walau gajinya kecil, Suara ‘ayah’ dari anak-anak, itulah pengubat lelah.

Abah Qilah.

Sumber : Dr Azizul Azli Ahmad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra