Siakap Keli

(Video) Tular Rakaman Lelaki Melambung Tinggi Di Udara, Hentam Kereta Dipercayai Tiba-Tiba Tukar Lorong

Kemalangan di jalan raya sememang diketahui boleh terjadi pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Sama ada diatas kelalaian sendiri ataupun berpunca daripada pengguna jalan raya yang lain, hasil selalunya memang tidak baik. Jika tidak mengalami luka-luka ringan ataupun parah, mungkin lebih teruk iaitu nyawa melayang.

Terbaru, tular di media sosial satu video dimana sebuah motosikal dilihat tidak sempat mengelak lalu menghentam bahagian belakang sebuah kereta dipercayai menukar lorong secara tiba-tiba.

Melalu video yang sama juga, penunggang berkenaan juga kelihatan melambung dan berkemungkinan terpelanting ke atas jalan raya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan rakaman itu tidak dapat dipastkan keadaan yang menimpa penunggang motosikal berkenaan serta pemandu kereta selepas kejadian tersebut.

Menurut pengguna Twitter yang memuat naik video berkenaan, kejadian berkenaan dinyatakan berlaku di Lebuhraya Sungai Besi, 27 September lepas.

Pengajaran yang boleh diambil dari video ini, sentiasalah berhati-hati dan fokus ketika memandu di jalan raya.

Sumber: Twitter 999 Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.