Siakap Keli

Kulaiti Udara Merosot, Jerebu Selebungi Bangkok

Bangkok :  Jerebu kembali menyelubungi Bangkok hingga mencetuskan ancaman kesihatan kepada penduduk awam.

Bangkok berada pada ranking kedua dalam senarai bandaraya besar paling tercemar di dunia, berdasarkan data dari firma pemantau IQAir AirVisual, pada 7 ptg (waktu tempatan). Indeks Kualiti Udara (AQI) di Bangkok ialah 161, petanda tidak sihat.

Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) dalam satu kenyataan berkata jerebu yang menyelubungi bandaraya ini adalah akibat perubahan cuaca.

”Angin yang bertiup perlahan, dan hujan yang kurang menghalang pergerakan udara dan menyebabkan jerebu menebal,” kata kenyataan itu.

PCD menasihatkan orang ramai mengambil tindakan berjaga-jaga termasuk memakai topeng hidung dan mulut dan kurangkan aktiviti luar rumah.

Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha menggesa kilang dan kawasan pembinaan mengurangkan pelepasan asap dan habuk.

Dalam beberapa minggu lalu, Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura dan selatan Thailand mengalami kualaiti udara yang buruk akibat pembakaran hutan di Indonesia.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.