Siakap Keli
Gambar hiasan

Nafkah Tak Bagi, Isteri Kerja Kerajaan Dipaksa Mohon Pinjaman Beli ‘Superbike’

Pembiayaan peribadi adalah suatu bentuk pinjaman yang pasti ramai diantara kita pernah memohonnya. Bagi pekerja swasta, untuk memohon pembiayaan peribadi ini, prosesnya agak sulit sedikit serta memerlukan pelbagai dokumen bagi pihak bank meluluskan permohonan yang dibuat.

Bagi pekerja di sektor kerajaan pula, segala bentuk pinjaman yang dipohon, permohonannya pasti akan diluluskan dengan kadar segera. Ianya adalah salah satu ‘benefit’ yang perlu disyukuri oleh golongan yang bekerja dalam sektor kerajaan ini.

Namun dalam soal pinjaman ini, pengurusan kewangan selepas memperoleh pinjaman yang dipohon juga perlulah dititik beratkan bagi mengelakkan diri daripada dibelengu dengan hutang yang boleh menghimpit anda pada masa akan datang.

Pinjaman yang hendak dipohon itu juga perlulah difikirkan dengan sehabis mungkin. Ini kerana jika pinjaman yang dipohon itu dibuat kerana ingin memenuhi kehendak dan bukan keperluan, maka seharusnya janganlah kita memohonnya.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam menerusi akaun Facebooknya yang bernama Eira Prislladia ada berkongsikan tentang pengalamannya menguruskan satu kes pinjaman membabitkan seorang suami yang didakwa memaksa si isterinya iaitu seorang kakitangan awam untuk memohon pinjaman peribadi atas tujuan membeli sebuah motorsikal ‘superbike’ untuk kegunaan suaminya itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Pernah handle satu kes loan seorang nurse. Yang hantar application adalah si suami. Isteri dukung anak diam di belakang. Selang 4 hari si isteri Whatsapp saya, mintak tolong supaya loan tu jangan diteruskan. Saya tanya kenapa? Dia cuma kata, saya tak nak buat loan tu. Tolong tarik balik.

Kemudian si suami pula call office untuk tanyakan status. Kami yang urus loan ni semakin pelik, jadi saya kata application dah dibatalkan sebab ada request untuk cancel. Si suami kata, nanti dia cakap dengan wife dia. Tolong proceed untuk process. Tujuan loan dibuat sebab nak beli super bike dalam harga 86k.

Masuk minggu seterusnya isterinya contact saya dan mintak untuk jumpa. Saya jumpa si isteri di luar. Merayu-rayu pada saya mintak tolong. Katanya tolong kesian pada dia. Si suami tak pernah tanggung beri nafkah untuk dia & anak-anak. Pernah diceraikan & si suami datang balik untuk rujuk dengan alasan anak masih kecil. Dia terima semula sebab keluarga mertua pujuk. Tapi masih sama. Dan katanya, hutang rumah dia tanggung, hutang personal loan dia tanggung, dan kini hutang motor pula. Dia kata kalau kesian kat saya, tolong bagitau pada suami dia, loan ini reject dari bank.

Kasihan pada wanita ini, saya buat seperti diminta.  Dan seperkara lagi, si suami ada wanita lain. Katanya dia tahu yang suaminya ada perempuan lain. Sudahlah si isteri tak diberi nafkah. Guna nama isteri untuk tujuan & kesenangan diri sendiri.

Suatu hari si suami menghubungi telefon saya, minta saya masukkan permohonan loan itu ke koperasi pula. Saya cakap bank dah reject. Kalau masuk koperasi kemungkinan juga akan reject. Sebab syarat koperasi juga lebih kurang bank. Jadi dia macam dah kecewa. Saya save nombor si suami untuk data pelanggan dan apabila saya check whatsapp, terpampang gambar si suami dengan perempuan lain dengan mesra berpeluk. Aiii, ni bongok ke apa mamat ni!! Dah terang-terang wife dia saya kenal.
Oleh kerana si lelaki telah dengan tidak sengaja kantoi yang dia memang curang. Maka permohonan itu saya lupuskan. Si isteri hubungi saya & mengucapkan terima kasih. Suaranya sebak & kedengaran seperti mencari kekuatan.

Duhai lelaki, wanita itu untuk kau tanggungi nafkahnya. Untuk kau berikan kasih sayang & menjaga maruah serta keselamatannya. Bukan untuk kau jadikan hamba & bibik dirumah. Malah kau bebankan dengan hutang.

Awek-awek gomen, sila berhati-hati. Jadikan kisah puan nurse ini sebagai pengajaran.

Kisah benar dari meja cik puan pengurus pembiayaan peribadi kakitangan awam.

Sumber: Eira Prislla

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.