Siakap Keli

Pengawal Peribadi Raja Salman Meninggal Dipercayai Ditembak Rakan Sendiri

Menurut petikan berita, seorang lelaki menembak rakannya yang dipercayai merupakan pengawal peribadi Raja Salman, Arab Saudi di sebuah kediaman akibat daripada perselisihan faham dan tujuh orang lagi dilaporkan cedera.

Jeneral Abdelaziz al-Fagham meninggal dinia di Jeddah ketika berada di sebuah rumah milik rakannya untuk meleraikan perselisihan faham antara mereka. Jeneral meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang  serius.

Difahamkan melalui laporan berita ini, pengawal peribadi Raja Salman sering dilihat bersamanya walau di mana jua. Baru-baru ini, mangsa menemani Raja Arab Saudi semasa mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Iraq.

Kredit foto: AFP/Getty Image /Dailymail co.uk

Menurut Dailymail, perbualan antara mangsa dan suspek agak dingin sehinggakan suspek keluar dari rumah dan kembali dengan membawa pistol di tangan serta melepaskan tembakan ke arah mangsa. Bagaimanapun, dua lagi cedera dipercayai pembantu rumah dan saudara tuan rumah.

“Mangsa kemudiannya dibunuh dan lima anggota keselamatan juga cedera dalam kejadian tembak ketika suspek ‘enggan menyerah’.” laporan Agensi Berita Saudi.

Jeneral al-Fagham meninggal dunia di hospital akibat kecederaan dan siasatannya kini dilancarkan.

Jeneral sangat dekat dengan raja dan sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Saudi.

Kematian Jeneral al-Fagham menjadi ‘kejutan’ kepada 30 juta penduduk di Arab Saudi. Negara ini mempunyai kadar jenayah senjata rendah, kerana undang-undang Islam yang ketat yang menyaksikan pembunuh dihukum mati.

 

Sumber: Dailymail.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang