Siakap Keli

Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan satu hebahan di laman Facebook bagi mengesan seorang kanak-kanak yang dipercayai hilang di Bintulu, Sarawak hari ini.

Kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah berusia lingkungan 6 tahun dilaporkan hilang sewaktu kali terakhir dilihat di kampung  Baru Laut dengan memakai baju berwarna ungu dan berseluar pendek merah.

Difahamkan melalui siar raya Nur Alert tersebut, mangsa dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Kanak-kanak ini berketinggian 120cm dengan berat 18 kg, berkulit cerah dengan rambut lurus paras bahu, jelas kenyataan PDRM.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang