Siakap Keli
FOTO;INSTAGRAM MUFTI

“Terima Kasih Allah, Hadirkan Pak Choong Dalam Hidup Saya,” Mufti Sebak Jiran Cina Meninggal Dunia

Persahabatan tidak mengira bangsa, agama dan keturunan malah persahabatan juga akan menjalinkan satu hubungan yang harmoni tambahan pula negera kita merupakan negera berbilang bangsa.

Hari ini, dalam satu kenyataan sayu di laman Instagram Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai berita kematian jiran tetangganya yang sangat rapat dengannya.

Hari ini hari yang menghibakan apabila menerima berita pemergian seorang jiran saya yang berbangsa Cina.

 Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas di media sosial, mungkin mengenali mendiang Pakcik Choong atau pemilik nama sebenar Choong Kooy Choon yang selalu menghadiahkan saya pelbagai haiwan peliharaan beliau kerana kami berkongsi hobi yang sama. ⁣⁣

Setiap kali Tahun Baru Cina, saya tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk beliau sekeluarga. Beliau sudah pasti membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin.

Hidup dengan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia adalah nikmat Allah SWT untuk kita manfaatkan bersama demi menbina masa depan Malaysia yang lebih harmoni. ⁣

Terima kasih Allah SWT kerana menghadirkan mendiang Pak Choong dalam hidup saya, mencipta kenangan indah bersama dan membenarkan lagi keimanan saya bahawa kita semua asalnya daripada nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa. ⁣

Firman Allah SWT:⁣

يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا⁣

“Hai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu menjadikan kamu semua berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu semua saling mengenali…”⁣

(Surah al-Hujurat: 13)

 

Sumber: Instagram Dr Zulkifli.albakri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang