Siakap Keli

(Video)Pelik Tapi Unik, Teknik Urut Muka Guna Pisau Potong Ayam Buat Meremang Bulu Roma

Rupanya ada banyak cara penjagaan kesihatan tradisional yang kadangkala tidak tercapai dek akal fikiran.

Sebagai contoh ialah urutan kuno sejak 2500 tahun lalu menggunakan pisau pemotong daging untuk mengurut dengan hanya menggunakan sehelai kain sebagai penghadang. Mengerikan!

Bahkan, pisau digunakan akan diasah terlebih dahulu sebelum prosedur tersebut dilaksanakan. Urutan yang banyak diamalkan di Taiwan ini dipercayai mampu menghilangkan tenaga jahat.

“Pada mulanya saya sangat takut sebab kita menggunakan pisau untuk potong ayam dan daging. Jadi saya takut akan turut dipotong begitu.

“Walaubagaimanapun, lepas saya cuba urutan tersebut, saya sedar ia sebenarnya selamat dan selesa,” kata salah seorang pelanggan spa berkenaan dalam satu temubual.

“Rasa macam elektrik lalu dalam badan. Selepas urutan, saya rasa sangat baik,” kata pelanggan lain.

Sumber: Great Big Story

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.