Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) “Biar Mak Haneesya Pulak Bercakap,” Ibu Kesal Kulit Anak Jadi Bahan Ketawa Netizen

Sejak beberapa hari lepas, sekali lagi tular isu mengenai rona kulit pelakon dan model popular Haneesya Hanee di laman sosial media. Bagaimanapun, sebuah video tular di mana ibu pelakon tersebut nekad untuk melaporkan isu ini kepada pihak polis.

Kata ibunya di dalam video tersebut, tindakan netizen sudah melampaui batas mempelekehkan anaknya yang memiliki rona kulit gelap di laman Twitter.

Haneesya Hanee telah memuatnaikkan sebuah video di laman Twitternya di mana ibunya memberi nasihat dan memohon kepada netizen untuk tidak berkelakuan menghina anaknya itu.

“Haneesya dah penat bercakap jadi sekarang biar Ibu yang bercakap”

“Saya baru sahaja selesai buat laporan polis, cakap pasal gelap…pergi kelab…saya redha hakikatnya dia memang gelap dan pernah buat salah.”

Selepas dia dah berubah tapi korang masih lagi menekannya dengan keterlaluan dan menggunakan gambat anak saya untuk bahan ketawa dan samakan dengan ‘buble tea’ – Ibu

Katanya lagi dalam sebuah video rakaman, dia tidak membenarkan sesiapa untuk membuat sebarangan. Netizen sangat keterlaluan.

Susulan daripada laporan polis yang telah dibuat, ibu kepada pelakon ini memberi peluang selama dua minggu kepada netizen yang mengutuk anaknya untuk memohon maaf, jika tidak akan bertindak untuk meneruskan ke pihak mahkamah.

“Sebab Allah beri anak saya peluang, jadi saya beri kalian peluang juga. Dia anak orang, saya ibu dan anda pun ada ibu,” katanya dalam nada sebak.

https://platform.twitter.com/widgets.js

 

Sumber: Hanesyaa Hanee

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang