Siakap Keli

(Video) Penumpang Tercampak, Roller Coaster Taman Tema Popular Tergelincir, Sekurang-Kurangnya Dua Maut

Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan maut manakala dua lagi cedera setelah tercampak dari sebuah roller coster yang tergelincir dari landasan, dalam kejadian yang berlaku di Mexico City, Mexico.

Menurut laporan media antarabangsa, Fox5vegas, kejadian berkenaan berlaku di sebuah taman tema popular di sana.

Video kemalangan tersebut turut menjadi viral di media sosial dan mendapat respon dari netizen.

Menurut saksi di lokasi kejadian, mereka ada melihat orang jatuh daripada salah satu bahagian mengangkut penumpang yang tergelincir.

Pihak pengurusan dalam satu kenyataan yang dilaporkan media yang sama berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Fox5vegas

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.