Malam tadi tular beberapa keping gambar yang memaparkan leher dipenuhi urat merah milik individu yang didakwa merupakan seorang bekas pelajar tahfiz.
Sayu tatkala melihat urat bengkak yang seakan-akan ‘melilit’ leher remaja berkenaan. Terdapat juga kesan luka dan nanah yang masih basah. Tak terbayang betapa seksanya sakit yang dialami olehnya.
Tak tertanggung melihat adiknya terus begitu, Puteri Ezreen Natasya memuatnaik gambar adiknya itu di Facebook untuk meminta bantuan untuk memulihkan keadaan adiknya itu.
Mohon jasa baik serta bantuan korang yang pernah alami atau tahu serba sedikit tentang penyakit ni.
Serba sedikit kita boleh membantu untuk cari jalan penyelesaian. Penyakit ni akan merebak di kawasan leher dan akan meletup.
Jumpa doktor, doktor tak boleh beri kata putus.
Jumpa ustaz, keadaan adik masih sama (dah 2 tahun)
Penyakit ni adik dapat sejak dia berumur 12 tahun (sekarang 14 tahun) dia terpaksa berhenti sekolah serta tahfiz.
Adik akan ternganggu bila waktu, subuh hingga asar dan Maghrib ke isyak. Dia asyik nak baring, tapi tak tidur.
Sebab adik kuat mengaji dan tidak tinggal solat, bila waktu nak ngaji dia tak tenang. Mohon bantuan yang lain, tak sanggup nak tengok dia menangis setiap hari. Tolong adik saya.
Warga net memenuhi ruangan komen mendoakan kesembuhan untuk adik Puteri.
Tidak ketinggalan ada juga yang berkongsikan tips dan nombor pakar perubatan yang dieprcayai mampu membantu.
Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa bahawa pnyakit ini mungkin disebut sebagai ‘ular’ oleh masyarakat Cina. Bila badan terlalu panas tapi haba panas tu tak dapat keluar, itulah yang menyebabkan ia jadi seperti itu.
Macam serupa penyakit kayap, mula-mula meletup, kemudian dia akan menjalar pusing satu badan
Cuba rujuk ke doktor pakar kulit di hospital, ikhtiar dua-dua cara, perubatan moden dan batin
Nampak macam kayap ular, harap adik ni cepat sembut

Kesian sungguh, moga adik ni diberikan kesembuhan oleh Allah SWT dengan kadar segera
Sumber: Puteri Ezreen Natasya