Siakap Keli
Gambar: Facebook

Dipercayai Lepaskan Kura-Kura Aligator Dalam Tasik Putrajaya, Tindakan Kumpulan Ini Cetus Kebimbangan Netizen

Tasik Putrajaya sememangnya terkenal dengan keindahan pemandangannya yang cukup indah. Bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat di Malaysia, malahan tasik ini juga turut terkenal di peringkat antarabangsa.

Kerana keindahan serta faktor setempat yang terdapat pada tasik ini, ianya telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi satu pertandingan peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai Kejohanan Dunia Ski Air yang telah dilangsungkan pada tahun ini.

Namun baru-baru ini, beberapa foto yang tular di media sosial telah menunjukkan ada sekumpulan pembela haiwan yang dikenali sebagai kura-kura Aligator dipercayai telah melepaskan haiwan tersebut ke dalam tasik Putrajaya ini.

Kesan daripada pelepasan haiwan tersebut dipercayai boleh memudaratkan ekosistem serta orang ramai yang menggunakan tasik tersebut sebagai tempat untuk beriadah.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh BigBoss menerusi akaun Facebooknya ada menyatakan tentang mengapa haiwan tersebut boleh membawa ancaman, untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kura-kura Aligator di buang di Tasik Putrajaya?

BAHAYA.. Apabila Kura-Kura Aligator ini dibuang ke tasik Putrajaya oleh sekumpulan pembela. Difahamkan kura-kura Aligator itu dibela untuk mendatangkan ‘tuah’.

Gambar: Facebook

Setelah reptilia itu makin membesar, pembela ini membuat keputusan untuk melepaskannya di tasik buatan tersebut.

Gambar ketika melepaskan tersebar di media sosial dan mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai terutamanya bagi pengiat sukan air yang menggunakan tasik itu sebagai aktiviti riadah.

Gambar: Facebook

Reptilia itu dikenali sebagai ‘Aligator Snapping Turtle’ yang mana bentuknya memang cukup menyeramkan dan bersifat agresif.

Haiwan ini berasal dari Amerika Syarikat, memiliki tubuh yang besar dengan ukuran sekitar 30-80cm dan memiliki berat sehingga 100kg.

Gigitan reptilia ini sangat kuat dan menyepit apa saja yang berada dihadapannya apabila merasa terancam dan mampu mencengkam serta menghancurkan.

Usianya boleh mencecah sehingga 100 tahun dan menghabiskan sebahagian hidupnya didalam air. Haiwan ini juga mampu berada di dalam air selama 40-50 minit sebelum menuju ke permukaan air bagi mendapatkan oksigen.

Sumber: BigBoss

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.