Siakap Keli
Gambar: Dr Izzat/NYU Langone Hospital

Minum Kopi Tu Boleh, Tapi Ibu Mengandung Kena Berjaga-Jaga Dengan Risiko Keguguran

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anda sukakan kopi? Kalau ya, anda mungkin salah seorang penyumbang kepada 400 bilion cawan kopi yang diminum sepanjang tahun di seluruh dunia.

Minuman berkafein ini sering dikaitkan dengan kebolehan meningkatkan daya produktiviti seseorang. Ia dipercayai dapat membekalkan tenaga dan membantu meningkatkan mood serta fokus ketika bekerja.

Sempena Hari Kopi Sedunia, Dr Muhammad Izzat telah berkongsi beberapa garis panduan untuk penggemar kopi, terutamanya buat golongan wanita hamil.

Menurutnya, ibu hamil hanya boleh mengambil kurang daripada 200mg kafein setiap hari sama ada melalui pengambilan teh, coklat, kopi, minuman bertenaga, minuman ringan serta sesetengah ubat batuk dan selesema.

Gambar hiasan. (Kredit: Enjoy Java)

Macam mana nak tahu kandungan kafein dalam minuman?

Jangan risau, ini panduan dikongsikan beliau;

  • 1 mug kopi segera : 100mg
  • 1 mug kopi filter : 140mg
  • 1 mug teh : 75mg
  • 1 tin coca cola : 40mg
  • 1 tin minuman tenaga (250ml) : boleh ada sehingga 80mg. Tin yg lebih besar mungkin ada 160mg
  • 1 bar plain chocolate (50gm) : mungkin kurang 25mg
  • 1 bar milk chocolate (50gm) : mungkin kurang 10mg

“Pengambilan caffeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan; bayi boleh jadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan agar ibu-ibu mengandung mengelakkan pengambilan kafein pada 12 minggu pertama kehamilan. Jangan ambil langsung tau!

Kata Dr Izzat lagi, sebaiknya gantikan minuman kafein dengan jus buah atau segala minuman kurang manis yang telah di nyah kafein.

“Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkafein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yg telah di-nyah caffein (decaffeinated drinks). Tu lagi baik. Ha jangan lupa, kurangkan manis ye. Kopi yang tak ada gula lagi sedap biasanya.”

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Amira

Love yourself.