Siakap Keli

6 Suspek Kes Tembak Gajah di Tawau Akan Direman Esok – Polis

Tular insiden sadis di mana seekor badan gajah betina telah dibunuh dan hasil bedah siasat mendapati lebih kurang 70 peluru ditemukan dalam badan haiwan itu.

Pengarah JHL Sabah Augustine Tuuga berkata banyak peluru ditemukan dalam badan gajah betina itu sekali gus memberi bayangan keadaan gajah tersebut bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api.

Augustine juga mengumumkan bahawa pemberi maklumat tentang kes ini akan diberikan ganjaran RM30.000 dari JHL, Orangutan Appeal United Kingdom dan sebuah pertubuhan sukarela.

Terbaru, menurut kenyataan pihak polis, kesemua enam suspek termasuk dua pengawal ladang Felda serta seorang pendatang yang terlibat dalam kes tembak gajah di Sungai Udin dekat Tawau akan direman esok.

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)