Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Apa Jadi Kalau Isi Diesel Dalam Tangki Ysuku?,” Pegawai Farmasi Dedah Bahaya Cecair Nikotin Masuk Ke Paru-Paru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isu penggunaan vape kini berleluasa dalam kalangan orang muda sangat membimbangkan walaupun dakwaan mereka untuk berhenti merokok adalah salah satu cara yang salah. Bukan sahaja dalam orang dewasa namun, paling menyedihkan remaja belasan umur juga giat menghembuskan asap rokok eletronik tersebut.

Kajian telah membuktikan bahawa vape tersebut adalah toksik yang melekat pada sel yang melindungi paru-paru. ia juga boleh menjejaskan saluran udara dan ianya boleh dilihat pada orang yang menghidap penyakit paru-paru.

Menerusi perkongsian daripada salah seorang Pegawai Farmasi, Dziehan Mustapa pada laman Facebooknya mengenai penjelasan yang tepat tentang bahayanya penggunaan vape ini untuk sistem dalam badan manusia.

Ya, agak-agaknya apa akan jadi kalau kita isi minyak diesel dalam motor Y-suku? Inilah ibaratnya jika kita masukkan sesuatu ke dalam paru-paru selain daripada udara.

Walaupun sesuatu bahan itu adalah dalam kategori makanan & dikatakan selamat utk dimakan, tetapi organ paru-paru manusia bukan seperti organ perut (gaster).

Organ perut untuk menerima bahan makanan. Organ paru-paru untuk menerima udara. Maka organ paru-paru bukan untuk menerima makanan! Tiada proses penghadaman berlaku di paru-paru. Mana ada enzim penghadaman dalam paru-paru.

Oleh itu, semestinya bahan makanan dalam “liquid vape” termasuk perisa yang disedut masuk ke dalam paru-paru akan memberi kesan terhadap organ tersebut.

Organ kita ini Allah berikan sebagai Amanah untuk kita jaga. Kita tak pegang amanah itu, balasannya kita akan sengsara. Bukan semua organ bila sudah rosak ada spare part.

Fikir baik-baik sebelum masukkan sesuatu ke dalam organ kita. Jika kita sayang kenderaan kita… Kita sayang Y-suku kita… Kenapa kita tak sayang organ kita yang Allah kurniakan tanpa sebarang bayaran ansuran bulanan. Kenapa kira tak sayang diri kita sendiri? Kita lakukan kemudaratan kepada diri sendiri adalah satu dosa… Kita tak sedar benda ini.

Cukup-cukuplah nak berdebat. Sumber ekonomi orang melayu lah dan macam-macam lagi. Macamlah tak ada sumber rezeki lain. Sapa-sapa entrepreneurs melayu yang berjaya selain daripada jual vape… Please share your experience. Ajak orang melayu kita ini berubah daripada berniaga benda yang salah di sisi undang-undang (liquid vape bernikotin).

Sumber: Dziehan Mustapa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)