Siakap Keli
Gambar: Twitter / Mothership.sg

Gadis Minta Pengguna Elak Pesan Makanan Masa Hujan, Tapi Jawapan Rider Ni Buat Ramai Sebak

Bertugas sebagai seorang penghantar makanan pastinya terdedah kepada pelbagai bahaya terutamanya yang melibatkan kemalangan jalan raya. Perkara ini kerana penghantar makanan ini menggunakan motosikal sebagai medium penghantaran serta berisiko tinggi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Walaupun kadang-kadang terdapat segelintir pelanggan yang mengeluh makanan yang dipesan lambat dihantar, namun ianya tidak pernah mematahkan semangat penghantar makanan untuk terus berkhidmat kepada orang ramai. Pun begitu, terdapat juga masyarakat yang prihatin terhadap susah payah yang dihadapi oleh penghantar makanan.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang gadis menggalakkan agar orang ramai untuk elakkan memesan makanan ketika hujan. Perkara ini kerana penghantar makanan terpaksa meredah hujan dan sekaligus menyebabkan diri mereka terdedah kepada bahaya.

Semua, tolong cuba elakkan memesan makanan daripada FoodPanda bila hujan . Kesian la rider basah.

Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh gadis tersebut membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih prihatin terhadap cabaran yang perlu dihadapi oleh semua penghantar makanan terutamanya ketika hujan. Rata-rata warganet yang turut bersetuju dengan kenyataan wanita berkenaan turut menzahirkan rasa prihatin terhadap komuniti rider ini.

“I letak remark ‘please don’t rush’ sebab taknak dia laju-laju”

“Lemah aku tengok part macam ni. Bergenang air mata”

Selain warganet dalam kalangan pelanggan, “rider” penghantar makanan juga turut menurunkan komen di ciapan tersebut. Kebanyakan daripada mereka tidak kisah untuk menghantar makanan kepada pelanggan walaupun keadaan cuaca ketika itu teruk.

“Kitaorang okay je nak delivery hujan-hujan pun. Tapi lambat sikitlah sebab tak boleh bawa laju-laju”

“Terima kasih kerana prihatin, Tapi takpa selagai tak mengancam nyawa kami boleh jalan lagi, sebab tugas kami”

“Nak buat macam mana sis itu memang dah tanggungjawab kami. nak tak nak tawakal je la janji makanan sampai”

Sumber: Darthleen

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra