Siakap Keli

Kisah Kerajaan China Pernah Bunuh Populasi Burung Pipit, Ekologi Tak Seimbang, Ragut Nyawa Lebih 20 Juta Orang

Tahun 1958 lalu mencatatkan satu peristiwa di mana kerajaan China telah melaksanakan sebuah kempen yang dinamakan “Great Sparrow Campiagn”. Tujuan utama kempen tersebut adalah untuk membasmi tikus, lalat, nyamuk yang dianggap tidak bersih.

Namun tidak terkecuali, mereka turut mahu membasmi burung pipit yang didakwa suka memakan beras dan gandum milik penduduk.

Oleh itu, semua masyarakat diarahkan untuk membunuh sebanyak mungkin burung pipit termasuk  sarang dan telur-telur yang masih belum menetas.

Malah telur dan anak ayam juga dibunuh kerana dianggap sebagai perosak (ada hama). Jumlah bilangan burung yang dibunuh oleh penduduk dihitung dan diberikan imbalan dengan sejumlah wang oleh pihak kerajaan.

Tak sangka, tindakan yang dianggap bakal menyelesaikan masalah terjadi sebaliknya, pemusnahan burung pipit menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekologi.

Keadaan ini mengakibatkan jumlah serangga yang makan tumbuhan seperti belalang dan ulat makin bertambah. Banyak tanaman penduduk rosak teruk dan gagal dituai kerana dimakan oleh serangga tadi.

Melihat realiti ini, pihak kerajaan akhirnya menyedari bahawa percaturan yang mereka lakukan itu  salah.

Namun sudah terlambat kerana populasi belalang semakin meningkat setiap hari, sehingga akhirnya berlaku tragedi kelaparan yang paling dahsyat di China hingga ‘membunuh’ lebih dari 20 juta orang.

Sumber: Nulis.co.id 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)