Siakap Keli
Gambar: Facebook/Mawar Rashid

Khabar Duka, Adik Nishka Hidap Kanser Otak Meninggal Dunia

Setelah berbulan-bulan menderita kanser otak, akhirnya penderitaan bidadari kecil ini tamat. Adik Kyfa Nishka Al Kautsar atau dikenali sebagai Nishka, 4 bulan disahkan meninggal dunia setelah empat bulan menjalani rawatan di HUSM.

Khabar duka ini telah dikongsikan selebriti tempatan, Mawar Karim yang berhubung terus dengan ibu kepada bayi comel berkenaan.

“Al- Fatihah. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Baby Nishka berehat la di syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibu bapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak..

“Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah dan doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial.

“Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah meninggal dunia. Sejujurnya memang tidak mampu untuk saya melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa,’ ujar Mawar melalui Instagram miliknya.

Sumber: Mawar Karim

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.