Siakap Keli

Rangka Manusia Di Temui Di Balakong

Kuala Lumpur : Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui di kawasan semak di Taman Seri Timah, Balakong dekat sini, pada 16 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzafir Mohd Yussof berkata rangka dengan jumlah tulang tidak lengkap itu ditemui oleh orang awam pada 10 pagi.

“Berdasarkan tulang rangka, jantina adalah lelaki dianggar berusia antara 25 hingga 45 tahun.

“Polis turut menemui baju kemeja lengan panjang jenama ‘Polo’, seluar panjang dan seluar dalam jenama ‘Champin’ serta tali pinggang jenama ‘JEEP’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai meninggal dunia lebih daripada enam bulan daripada tarikh rangka ditemui.

“Tiada pengenalan diri ditemui bersama-sama mangsa,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222  atau Pegawai Penyiasat ASP Redzuan  Mat Salleh di talian 019-2714100.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.