Siakap Keli
FOTO: KHEIRY KHAIRIAH

“Saiz Kepala Semakin Membesar,” Ibu Dedah Keadaan Adik Nishka Tenat, Mohon Doa Rakyat Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bayi berusia lima bulan yang menghidap kanser otak kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Dalam laman akaun Instagram ibu kepada bayi ini, Kheriy Khairiah telah berkongsi satu hantaran yang dimuatnaik mengenai keadaan adik Nishka yang sedang kritikal dan tenat.

Sayu, seorang ibu ini bercakap tentang keadaan adik Kyfa Nishka Al-Kautsar sebelum ini mampu membuka mata.

Ya Allah…sesungguhnya berat untuk kami menelan semua ni tapi mummy daddy tahu adik dah berjuang sedaya upaya adik..sehabis baik.

Untuk pengetahuan semua, keadaan baby Nishka agak kritikal dan tenat. Kanser di kepala adik semakin membesar, saiz kepala juga membesar dari 41 ke 44cm. Pergerakkan baby Nishka juga sangat minimum. Sejuk je badan adik.

Mommy daddy tak sanggup nak tengok adik macamni. Semua datang tengok adik, semua sayang adik. Semoga Allah mempermudahkan urusan adik, mummy daddy sayang adik sampai bila-bila sayang.

Kata ibu ini, dia redha dan mohon untuk semua mendoakan suapaya dipermudahkan urusan bayinya memandangkan adik Niskha kini kritikal sejak semalam.

Sumber: kheirykhairiah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.