Siakap Keli
Gambar: Facebook

(Video) Rakaman Fenomena Dipercayai Puting Beliung Didakwa Di Johor Jadi Viral

Puting beliung adalah suatu fenomena alam yang kebiasaannya banyak berlaku di luar negara. Umum telah mengetahui bahawa puting beliung ini boleh membawa kemusnahan pada setiap apa yang disentuhnya.

Secara fizikalnya, puting beliung ini adalah suatu bentuk pusaran angin bergerak yang kebiasaannya berpusar dengan kelajuan lebih dari 60 hingga 90km/jam.

Baru-baru ini, tular satu rakaman di media sosial yang mendakwa satu fenomena puting beliung didakwa telah berlaku di selatan tanah air.

Video yang berdurasi selama 56 saat itu dipercayai telah dirakam di Penggerang, Johor berdasarkan kapsyen yang dimuat naik bersama-sama dengan video tersebut oleh seorang lelaki yang sedang memandu kereta.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh kejadian tersebut berlaku dan tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

Sumber: Geng Viral Johor

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.