Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang YouTuber dari Korea Selatan yang terbuka hatinya untuk memeluk islam. Perjalanannya sebelum dan selepas dia memeluk islam telah dikongsikannya dalam channel YouTube miliknya.
Jay Kim atau nama Islamnya Daud Kim mendapat hidayah untuk memeluk agama islam setelah hampir setahun mempelajari serta mengkajinya sendiri.
Dia yang menganut serta dibesarkan dalam keluarga yang beragama Kristian Katolik itu mengambil keputusan untuk kembali pulang ke rumahnya bagi memberitahu kepada ibunya tentang penghijrahan yang dibuatnya baru-baru ini.
Perbualan diantara dia dan ibunya itu telah dirakam dan diterbitkan di dalam YouTube Channel miliknya.
Pada mulanya, ibunya itu dilihat terkejut serta tidak bersetuju dengannya dan memarahinya.
“Kenapa awak tak beritahu benda yang penting ini pada saya terlebih dahulu? Kenapa awak buat keputusan ini seorang diri? Adakah awak sudah gila? Bolehkah awak menukar agama kembali?”, antara reaksi ibunya ketika mengetahui bahawa anaknya itu telah berhijrah kepada islam.
Namun lama kelamaan apabila hati ibunya itu sudah ‘sejuk’ sedikit, dia terpaksa akur akan keputusan yang telah dibuat oleh anaknya itu.
“Saya sangat marah pada awak, sebab itulah saya menjerit pada awak, saya minta maaf”, kata emaknya.
Video pengakuan yang dibuat oleh Daud Kim dengan emaknya itu telah mendapat lebih sejuta tontonan dalam masa hanya 5 hari sahaja dia berkongsikannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perbualan mereka itu, ikuti video yang telah dikongsikannya seperti berikut:
Sumber: Daud Kim