Siakap Keli
Gambar: Facebook

Buat ”Challenge” Pinjam Duit Dari Isteri, ”BFF” Dengan Mak, Respon Diterima Lelaki Ini Amat Mengejutkan

Pastinya ramai diantara kita yang mempunyai kawan baik yang kita selalu mengharapkan pertolongan daripada mereka di saat kita susah.

Namun, pasti kita pernah merasai pengalaman yang tidak dijangkakan melalui persahabatan yang terjalin seperti apa yang kita harapkan itu.

Ramai orang yang beranggapan bahawa kawan baik itu pasti akan menolong kita disaat kita betul-betul memerlukan pertolongan.

Namun tidak ramai yang sedar bahawa sebenarnya orang yang sanggup menolong kita sehabis mungkin adalah ahli keluarga kita sendiri.

Melalui satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Din Remboo ini, dia ada menyimpulkan tentang perbezaan meminta tolong dari kawan dengan ahli keluarga. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Test pinjam RM10,000 sahaja. 

“Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?”

Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia.

Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat “wayang” pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi:

1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.

2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.

3. Kesimpulannya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.

Okay beralih kepada orang terpilih kedua.

Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.

Pendek cerita, respon bff:

1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.

2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah.

Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000.

Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.

Siapa orang terakhir dia call ni?

Mak dia.

Respon mak dia:

1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena ‘penyakit’ tapi tak bebel banyak macam isteri dia.

2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000.

3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.

4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.

Selesai ‘cabaran’ kawan aku ni, meleleh air mata aku woih.

Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir.

Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak.

Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu.

Kredit pada pemilik asal karya ini.

Sumber: Din Remboo

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.