Siakap Keli

Ibu-Ibu Pakat Teruja ”Share” Gambar Anak Lelaki Solek Jadi Perempuan, Teguran ‘Pedas’ Lelaki Ini Buat Semua Terkedu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Adakalanya sesuatu yang kita anggap sebagai gurauan dan perkara ‘biasa’ memberi kesan buruk tanpa kita sedari.

Peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk perkembangan seorang anak. Menurut seorang Pakar Perunding Keluarga, Dr Gail Gross, perkembangan anak-anak bukan sahaja bergantung kepada genetik, tetapi persekitaran yang diwujudkan oleh ibu bapa.

Hal ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa untuk menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

Baru-baru ini, seorang penceramah Pendidikan Seks, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat naik perkongsian mengenai sekumpulan wanita yang menjadikan anak atau adik lelaki mereka sebagai ‘kanvas’ mekap.

Dalam kiriman tersebut, beberapa orang wanita berkongsi gambar-gambar anak, adik lelaki atau suami mereka yang setelah dimekap seolah-olah wanita.

“Anak awak tu lelaki. Adik awak yang dimakeup tu juga lelaki. Suami awak itu juga lelaki. Saraf otak yang mana telah tersumbat hingga kalian bertindak seperti ini?

Anak lelaki itu lelaki. Jadikan dia lelaki.

Tak pernah ke kalian terfikir yang mereka ni akan membesar dalam keadaan keliru identiti dan menganggap dirinya wanita?

Atau kalian rasa biarlah, sekali je. Anak aku, bukan anak kau. Tak payah tunjuk baik sangatlah.

Saya ni tak henti-henti didik adik-adik di sekolah, baik di sekolah rendah, menengah dan IPT agar tidak cenderung menjadi jantina yang lain.

Jaga bahagian sulit, tahu bezakan sentuhan selamat dan tidak, jangan ejek kawan yang berperwatakan lembut, jangan jadi gay, lesbian atau transgender. Pendek kata, apa jua perkara yang mendorong ke arah itu, akan saya lawan dan beri nasihat.

Tapi emak-emak mendorong pula anak-anak jadi begini. Bella yang terkenal tu pun tak pernah sekali aku dengar dia mekap muka anak lelaki untuk tunjuk contoh. Tadah muka sendiri je.

Wahai emak-emak, S**** ni sorok-sorok ya. Mak ayah dia tetap larang dari awal, tapi sudah terlambat. Sekolah menengah beliau sudah ambil pil hormon perempuan.

Kau pula terang-terang solekkan anak jadi perempuan dari kecil. Siap sokong satu sama lain pula. Puji anak orang tu comel bila dimekap satu muka.”

Ingatlah apa yang Nabi Muhammad pesan ni,

“Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi.”

Berikutan isu ini, admin kumpulan berkenaan telah mengeluarkan kenyataan untuk menyekat pengguna yang ingin memuatnaik gambar mekap kanak-kanak lelaki.

Berikutan itu ramai ahli kumpulan berkenaan menyokong tindakan tersebut dan meluahkan kerisauan mereka terhadap trend mekap itu.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Amira

Love yourself.