Siakap Keli

“Saya Telah Mendengar Pelbagai Rintihan Para Riders Dan Majikan Didakwa Mengambil Kesempatan” — S.Saddiq

Kuala Lumpur – Berikutan krisis yang melanda ‘rider’ FoodPanda dan pengurusan syarikat berkenaan, Kabinet telah bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa khusus untuk mencari penyelesaian jangka masa panjang berkenaan gig economy.

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa FoodPanda perlu mendengar rintihan ‘rider’ mereka bagi mengembalikan skim pembayaran upah sebelum ini bagi memelihara kebajikan ‘rider’.

“Sebagai salah seorang yang berkhidmat saya dipilih oleh rakyat dan boleh juga dihukum oleh rakyat. Bagi syarikat besar mereka dibangunkan oleh pekerja dan pengguna dan juga boleh dijatuhkan oleh pekerja dan pengguna,” tambahnya.

Sebelum ini para penghantar makanan di bawah syarikat berkenaan menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap syarikat berkenaan yang didakwa mengambil kesempatan ke atas mereka. Berikutan itu, Syed Saddiq telah menganjurkan perjumpaan tergempar bagi mendengar luahan para pekerja semalam.

Sumber: Syed Saddiq

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.