Siakap Keli

Kereta Tukar Lorong Tiba-Tiba Himpit Penunggang Motorsikal, Tindakan Undang Kecaman

Menunggang motosikal di atas jalan raya sememangnya mendedahkan penunggang kepada pelbagai bahaya dan risiko kemalangan. Apa tidaknya, motosikal merupakan kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya berikutan saiznya yang kecil berbanding kenderaan lain.

Penunggang motosikal perlu menggandakan tumpuan ketika menunggang supaya dapat mengelak daripada musibah yang boleh berlaku. Seperti perkongsian rakaman video yang dibuat di halaman Facebook, sebuah motosikal dihimpit oleh sebuah kereta sehingga terjatuh di atas jalan raya.

Menerusi rakaman tersebut, penunggang berkenaan dilihat didekati sebuah kereta berwarna merah yang ingin menukar lorong ke sebelah kanan. Akibatnya, penunggang motosikal itu hilang kawalan lalu terbabas  diatas jalan raya.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen adalah, sikap pemandu kereta tersebut yang hanya meneruskan perjalanannya tanpa mempedulikan penunggang motosikal tersebut. Sikap berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, kemalangan itu didakwa netizen berlaku di sebuah jalan raya di Singapura berdasarkan no pendaftaran kenderaan yang dapat dilihat menerusi rakaman tersebut. Rata-rata netizen yang melihat rakaman kemalangan itu nyata berang akan sikap pemandu kereta berkenaan.

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.