Siakap Keli

Peneroka Jangan Buat Andaian Tangkapan Pembunuhan Gajah

Tawau : Semua peneroka Felda Wilayah Sahabat dinasihatkan supaya tidak membuat andaian sendiri rentetan penangkapan suspek di Felda Umas, yang disyaki terlibat membunuh seekor gajah pigmi yang bangkainya dijumpai di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan pada Khamis lepas.

Ketua Peneroka Felda Wilayah Sahabat, General Linjal, berkata susulan penangkapan itu banyak cerita andaian yang tidak munasabah bertebaran dalam kalangan penduduk tanah rancangan.

“Biar polis menjalankan siasatan, saya harap semua warga Felda tidak heboh (kecoh) takut cerita dimanipulasi.

(Kerana) kadang-kadang cerita ini boleh berubah dari cerita satu orang, berubah cerita bila sampai orang kedua sekali gus menjadikan cerita itu tidak tepat, takut menjadi isu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu, mengingatkan warga peneroka agar tidak membuat keputusan di luar dugaan sehingga boleh menjejaskan reputasi sendiri.

Semalam polis menahan enam lelaki disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seekor gajah di Sungai Udin, Dumpas menggunakan senapang buatan sendiri.

Hari ini, kesemua suspek yang ditahan dalam Ops Khazanah di kawasan Felda Umas dan Ladang Dumpas itu, direman selama empat hari.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.