Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperuntukkan bantuan maksimum RM20,000 untuk kes kematian atau kehilangan upaya kekal akibat serangan binatang buas.
Tujuannya hanyalah untuk membantu meringgankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga.
Bantuan yang diberikan maksimum RM 20, 000 untuk kes kematian atau kehilangan upaya kekal akibat serangan binatang buas. Ditentukan berdasarkan peratusan kecederaan dan mangsa perlu lampirkan laporan perubatan daripada pihak hospital.
mangsa atau waris boleh membuat tuntutan sekiranya diserang binatang yang dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai binatang buas.
Ada beberapa senarai binatang liar yang dikenali sebagai binatang buas iaitu gajah, seladang, babi hutan, beruang, biawak, semua jenis musang, kucing batu dan hutan serta ada beberapa lagi.
Sumber: Bernama