Seorang pelakon maut setelah nekad untuk terjun dari sebuah tebing di North Yorks, England pada malam isnin lalu. Dia didakwa mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya kerana tekanan yang dialaminya.
Namun tak disangka kematiannya menimbulkan misteri apabila Dia dipercayai ‘kembali’ untuk meninggalkan pesanan terakhirnya kepada orang ramai.
“Jadi, jika anda semua sedang membaca ‘tweet’ ini, bermakna sudah hari ketika aku membunuh diri.
Inilah penjelasan mengapa aku melakukannya dan jadikan ia sebagai pengajaran kepada kamu semua.
Ketahuilah aku amat menyayangi kalian dan maafkan aku”
Di akhir tweetnya itu, Dia turut memuatnaik gambarnya bersama rakan-rakan.
“Ambik berat antara satu sama lain, tak semua mereka yang mengalami depresi akan meluahkannya. Selamat Tinggal”
Lantaran itu, orang ramai tertanya-tanya kebenaran di sebalik ciapan berkenaan. Ramai yang beranggapan bahawa tweet terbabit telah ditulis oleh orang lain ataupun telah dijadualkan sendiri olehnya sebelum ‘pergi’ selama-lamanya.
Pelakon berkenaan didakwa ada muncul dalam sebuah rancangan bual bicara. Di situlah beliau meluahkan masalah yang dihadapinya.
Sumber; The Sun