Siakap Keli

(Video)Pernah Dedah Anggaran Pendapatan Syahmi, Brojep Padam Video, Tampil Perjelas

Sejak kebelakangan ini, nama Syahmi Sazli sering menjadi bahan bualan rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan channel Youtube miliknya yang kini mencecah sekitar 1.6 juta pengikut. Slot drama spontan dilakonkan oleh Asif dan Yoe sering ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat yang nyata terhibur dengan gelagat spontan mereka.

Sebelum ini SK telah berkongsi pendedahan anggaran pendapatan Syahmi yang dibuat menerusi seorang YouTuber yang dikenal sebagai Brojep.

Namun, video pendedahan tersebut sudah tidak dapat ditonton kerana telah diturunkan sendiri oleh Brojep ekoran beberapa faktor. Melalui video terbaru daripada Youtuber itu, dia telah menjelaskan perkara sebenar.

1. Hati saya tidak tenang

Menurut Brojep, hatinya berasa tidak tenang kerana telah mendedahkan privasi seseorang terutamanya yang melibatkan pendapatan. Tambahnya, ramai orang telah memberikan respon terhadap videonya itu menyebabkan hatinya berasa tidak tenang.

Satu, timbulnya perasaan di hati saya sebab benda ni viral dan ramai orang yang komen di Malaysia. So, hati saya tidak tenang kerana ini merupakan privasi Youtuber Syahmi Sazli.

2. Syahmi hubungi minta turunkan video

Youtuber terkenal, Syahmi Sazli juga didakwa turut menghubunginya dan meminta supaya video tersebut diturunkan. Menurut Brojep, firasat hatinya yang tidak tenang sememangnya benar dan mungkin Syahmi berasa tidak senang dan selesa dengan penularan video tersebut. Perkara ini juga dikhuatiri terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan ke atas pendedahan pendapatan Syahmi Sazli yang secara tidak langsung boleh menyebabkan keselamatan Syahmi terancam.

Kebetulan, petang tadi Syahmi Sazli pun ada DM saya di Instagram, dia minta tolong kalau boleh delete video itu dan firasat saya betul dan mungkin Syahmi berasa tidak selesa dengan penularan video tersebut.

Ekoran itu, Brojep telah menghormati keputusan Syahmi yang meminta video tersebut untuk dipadamkan. Baginya, dia tidak bertujuan untuk mengejar keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan privasi orang lain.

3. Kena hormat privasi orang lainĀ 

Melalui video berkenaan, Brojep juga menyatakan untuk menghormati privasi orang lain dan perlu berfikir secara positif atas setiap apa yang berlaku. Tambahnya lagi, pendapatan yang diperolehi merupakan rezeki daripada Allah SWT dan perlu yakin rezeki bagi setiap orang adalah berbeza.

https://www.youtube.com/watch?v=Jm1NGqQ3mZ8&fbclid=IwAR0NtEXf6wjKvwDM-ZjvYn3Bvp7awpW_ex7sN4BXr0KgmGP5g7ubEUJzy7s

Selain itu, Brojep juga menasihati agar sesiapa sahaja yang menceburi bidang Youtube ini tidak menjadikan duit sebagai tujuan utama. Youtube sepatutnya dijadikan sebagai medium yang bermanfaat.

Rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan Brojep yang memadam video berkenaan dan turut menyokongnya untuk terus memuat naik video-video menarik pada masa akan datang.

Sumber: Brojep

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra