Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Air Berbau: Air Selangor Rekod Keseluruhan 1,143 Kes

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima sebanyak 1,143 kes aduan air berbau, yang dilaporkan pengguna sejak 28 Sept lepas sehingga 10 pagi tadi, dengan 97 kes adalah terbaru diterima, sejak 6 petang semalam sehingga 10 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,129 kes daripada keseluruhan 1,143 kes telah diambil tindakan dan menjalani ujian pensampelan kualiti air.

“Berdasarkan ujian, bekalan air yang dibekalkan adalah selamat digunakan dan memenuhi piawaian air minum kebangsaan bagi parameter fizikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Baki 14 kes masih lagi dalam proses siasatan,” katanya.

Selain membuat ujian pensampelan, Abdul Raof berkata Air Selangor juga telah menjalankan aktiviti pemeriksaan dan pencucian ke atas 36 kolam perkhidmatan yang membekalkan air ke kawasan-kawasan aduan.

Kerja-kerja pencucian di 29 rangkaian sistem perpaipan dari 31 kawasan aduan berdasarkan wilayah juga telah dijalankan sehingga 10 pagi tadi, iaitu di wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

Dalam pada itu, Air Selangor turut mengedarkan sebanyak 1,764 botol air minuman lima liter kepada pelanggan di kawasan yang terjejas.

Air Selangor memohon maaf berhubung perkara itu dan menasihati pelanggan menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 bagi sebarang bantuan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.