Siakap Keli
Gambar: Oriental Daily

Bayi Tertusuk ‘Chopstick’ Nyaris Tembus Otak

Seorang bayi perempuan berusia satu tahun setengah menderita kesakitan apabila penyepit makanan tertusuk ke dalam mulutnya. Malah, ianya lebih teruk apabila penyepit makanan itu tertusuk hingga hampir ke otak.

Menurut laporan media China,  kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja terjatuh ketika sedang makan dan dalam masa yang sama sedang berjalan. Kanak-kanak itu juga dikatakan baru sahaja belajar untuk berjalan.

Pada hari kejadian, dia sedang bersarapan dan sangat aktif. Malang menimpa apabila dia terjatuh lalu penyepit makanan yang ada pada mulutnya itu tertusuk masuk ke dalam mulut.

Berikutan kejadian itu, keluarganya yang terkejut bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor bertindak membuat imbasan terlebih dahulu dan kemudian memulakan rawatan mengeluarkan penyepit makanan itu.

Menurut doktor yang merawat, penyepit sepanjang 2 cm itu telah menusuk urat jugular dan akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat biji beras di dalamnya.

Walau bagaimanapun, operasi berkenaan telah berjaya dijalankan dan penyepit tersebut tidak mengenai otak kanak-kanak kecil itu.

Sumber: Oriental Daily

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra