Siakap Keli

Dipercayai Habis Minyak Di Udara, Kapal Kargo Mendarat Cemas, Sekurang-Kurangnya Lima Maut

Sebuah pesawat kargo 4 enjin milik Ukraine yang membawa muatan daripada Sepanyol ke Turki dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas diluar kawasan Lapangan Terbang Lviv dipercayai akaibat kehabisan minyak.

Menurut laporan BBC, kejadian tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang. Pesawat berkenaan dikatakan membawa seramai 7 orang kru, salah seorang daripadanya adalah pengiring kargo yang dibawa. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai kargo tersebut.

Bagaimanapun, stesen televisyen Ukraine, Unian melaporkan pesawat malang tersebut membawa muatan ketenteraan.

Menteri Infrastruktur Vladyslav Krykliy berkata , pasukan penyelamat segera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menara kawalan terputus hubungan dengan pesawat.

Pesawat jenis An-12 itu kemudian ditemui kira-kira 1.5 kilometer daripada landasan lapangan terbang, dengan laporan terdapat kerosakkan teruk pada bahagian kepak dan kokpit pesawat, dipercayai akibat pendaratan tidak sempurna.

Pasukan penyelamat kemudian berjaya mengeluarkan semua kru penerbangan, namun lima daripadanya didapati mengalami kecederaan parah.

Menurut RT, pesawat kargo tersebut merupakan pesawat milik Ukraine Air Alliance dan direka pada era 50-an serta mempunyai berat 50 tan. Pesawat jenis tersebut juga dilaporkan menjadi pilihan pelbagai pihak termasuk untuk kegunaan domestik dan letenteraan negara-negara bekas Kesatuan Soviet suatu ketika dahulu.

Sumber: BBC, RT 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.