Siakap Keli

GST Akan Dilaksanakan Semula Jika Terbukti Ia Kehendak Rakyat – Lim Guan Eng

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya itu kemahuan rakyat,

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

“Sekiranya rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji.

“Kalau itu yang kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan)”

Sebentar tadi, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa gesaan untuk melaksanakan semula GST hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat bukti bahawa ia adalah kehendak rakyat.

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)