Siakap Keli

Ibu Terkejut, Panik Tengok Anak Senyap Dalam Bilik Rupanya Tengah Sedap ‘Menjamah’ Lipas

Orang cakap, kalau anak kecil duduk diam je, mesti ada sesuatu yang tak kena. Bagi ibu bapa yang ada anak kecil mesti faham fasa anak-anak yang akan mengutip setiap benda di depan mata untuk dimasukkan ke dalam mulut.

Seperti kita tahu, anak-anak yang berbuat demikian berada dalam fasa perkembangan koordinasi anggota mereka. Namun, apa yang mencabarnya ialah apabila mereka mula mengutip benda-benda kotor dan masukkan ke dalam mulut mereka. Pening kepala dibuatnya!

Seorang ibu berkongsi detik ‘jijik’ apabila melihat dua orang anak kecilnya sedang menikmati seekor lipas ketika ditinggalkan berduaan di dalam bilik.

Dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya yang dikongsikan oleh Asia One, wanita tersebut sedang membersihkan rumah bersama suaminya. Bagi memudahkan kerja, mereka meninggalkan kedua-dua bayi bertuah itu di dalam bilik.

Menurutnya, dia telahpun menukar lampin dan memberi susu kepada mereka berdua serta meletakkan kedua-duanya di dalam katil bayi.

Mesti para ibu bapa tahu, kebanyakan anak kecil akan menangis jika ditinggalkan terlalu lama. Namun sebaliknya yang berlaku dengan kedua-dua beradik ini.

Hairan kerana anak-anaknya cukup ‘senyap’, si ibu masuk ke dalam bilik. Nak tahu apa dia nampak?

‘Separuh’ ekor lipas yang terkorban di antara mereka!

Tanpa membuang masa, si ibu memberus gigi dan membersihkan mulut mereka yang diisi dengan cebisan lipas. Dakwanya, salah seorang daripada mereka enggan meluahkan kaki lipas di dalam mulut, membuatkan si ibu terpaksa mengoreknya keluar. Sedap ke lipas tu dik?

Kata wanita tersebut, dia tidak berani mencium anak-anaknya lagi selepas peristiwa tersebut, namun cuba untuk positif.

Menurut Asia One, rata-rata netizen berasa terganggu dengan perkongsian berkenaan dan ada antara mereka yang kehairanan bagaimana si kecil mampu menangkap lipas tersebut. Lipas kan laju?

Salah seorang mereka turut meluahkan tanda tanya, “Benda putih tu isi perut lipas ke?”

Sumber: Asia One

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.