Siakap Keli

“Ini Bukan Gurauan..,” Aksi Ganas Berlebihan, Ibu Bapa Diberi Amaran Elak Bawa Anak Kecil Tonton Filem Joker

Setelah menanti sekian lama, secara rasminya filem Joker ditayangkan di Malaysia dan serentak di beberapa buah negara semalam.

Seperti yang diketahui, filem yang diadaptasi dari komik DC itu mengisahkan kehidupan terdahulu ‘Joker’ yang merupakan watak antagonis utama dalam filem Batman.

Walaupun filem ini menjadikan salah satu dari watak dalam filem Batman sebagai karakter utama, rantaian pawagam seperti Alami Drafthouse memberi amaran kepada para ibu bapa supaya tidak membawa anak mereka untuk menonton filem ini.

Diakui bahawa filem Batman sebelum ini semamangnya menjadi filem superhero kegemaran ramai kanak-kanak. Namun filem ‘Joker’ ini memaparkan adegan kurang bersesuaian dengan usia kanak-kanak.

 

“Amaran kepada ibu bapa (ini bukan gurauan),”

Joker disenaraikan dalam kategori R kerana mempunyai aksi dan adegan keganasan yang berlebihan.

Sebelum ini, telah muncul beberapa spekulasi yang menyatakan kebimbangan tentang filem ini. Teater Landmark, rantaian pawagam bebas terbesar di Amerika Syarikat, berkata mereka tidak akan membiarkan orang awam memakai pakaian atau topeng yang menyerupai Joker.

Sumber: CNET

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)