Siakap Keli

“Jika Aku Boleh Putarkan Waktu..,” Kenang 6 Wira Terkorban, Abang Bomba Sampaikan Lagu Meruntun Jiwa

Niat mahu menyelamat bertukar tragedi apabila enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Genap setahun pemergian wira-wira negara ini, seorang anggota bomba, Erwan Brootwinz menyanyikan lagu yang dicipta khas sebagai tribute untuk mengenang kembali jasa kesemua wira yang terkorban dalam operasi berkenaan.

Lagu yang bertajuk “Perginya Sahabat Wira” itu dimuatnaik oleh laman Facebook Friends of Bomba Malaysia benar-benar meruntun hati.

“Perginya Sahabat Wira”

Hati ini siapa yg tahu..
Perginya sahabat di atas batu..
ku tahu kau telah lakukan yg termampu..
Disaat kami memerlukan kamu…

Setiap hari ku memikirkannya..
Mengapa ku tak dpt selamatknnya..
Aku buntu bila ia terjadi didepan mata
Perginya sahabat kita selamanya

Jika aku boleh putarkan waktu..
Ingin ku tahan sahabat ku ke situ..
Tiada apa yg boleh ku beritahu…
Semuanya sudah berlaku..

Disaat ku berusaha
myelamatkan wira kita
Hatiku sebak Memikirkn nasib keluarga..
sahabat dan wira kita..

Aku terus berlalu pergi.
Badan terasa lemah tak bermaya.
Aku sedih tak terkata…
Perginya tanpa diduga..
Ini coretanku disana..

ku tahu semuanya terjadi..
diatas kehendaknya illahi..
ku harus teruskan hidup
Semoga apa yg berlaku
menjadi tatapan yg berharga
kepada wira yg tak didendang…

Disebalik melodi yang mendayu terselit lirik begitu bermakna hingga membuatkan rata-rata netizen yang mendengar tersentuh. Malah netizen tidak lupa untuk mengucapkan takziah dan mendoakan peemergian para wira serta keluarga mereka.

Moga isteri, anak-anak dan keluarga yang ditinggalkan terus kuat serta tabah. Moga dilindungi Allah SWT

Sedih pilu bila ingat peristiwa ini. Moga Allah tempatkan syurga buat yang terkorban

Al-Fatihah, semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka, Amin

Semoga semangat juang mereka diwarisi dikalangan warga JBPM

Nak jalani hidup tanpa orang tersayang tidak mudah, hanya kenangan yang tinggal untuk pengubat rindu

Ketentuan Allah tak siapa yang tahu, Hebat wiraku, semoga Al Jannah tempatmu

Al-Fatihah buat Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Mazlan Omarbaki dan Yahya Ali, Adnan Othman dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Friends of bomba Malaysia & Bernama 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)